Total Pageviews

Friday, November 25, 2011


Sebahagian siri IslamAllah-eser-green.png
Rukun Iman

Lihat juga

[sunting]Rujukan

  1.  Terjemahan Melayu Al Quran Surah Al-Kahfi - http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
  2.  Terjemahan Melayu Al Quran Surah Al-Kahfi - http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
  3.  Terjemahan Melayu Al Quran Surah Al-Kahfi - http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
  4.  Terjemahan Melayu Al Quran Surah Al-Kahfi - http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
  5.  Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5128
  6.  Terjemahan Melayu Al Quran - http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
  7.  Yakjuj & Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung - Muhammad Alexander, PTS Islamika
  8.  Ezekiel 38:2
  9.  Ezekiel 38:3
  10.  Jay P. Green, Sr., 1986
  11.  Ezekiel 38:10
  12.  Ezekiel 38:11
  13.  Ezekiel 38:12
  14.  Ezekiel 38:13
  15.  Ezekiel 39:17
  16.  Ezekiel 39:18

[sunting]Pautan luar

Lukisan oleh Qasim dari abad ke-16, diilustrasikan dari al-Quran, manusia membina tembok untuk menghalangi serangan Ya'juj dan Ma'juj

Ya’juj dan Ma’juj / Yakjuj dan Makjuj / (Arabيأجوج و مأجوج‎) atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi, גוג ומגוג) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islamal-Quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.
Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya'juj dan Ma'juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Yakjuj dan Makjuj dalam agama Islam

[sunting]Yakjuj dan Makjuj tinggal di antara dua gunung

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan. (Surah Al-Kahfi : 93)[1]

[sunting]Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di bumi

Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Surah Al-Kahfi : 94)[2]

[sunting]Zulkarnain telah menahan Yakjuj dan Makjuj

Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.(Surah Al-Kahfi : 95 - 97)[3]

Yakjuj dan Makjuj akan keluar kembali

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Surah Al-Kahfi : 98)[4]

[sunting]Dinding Zulkarnain menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka

Dari Zainab binti Jahsy :
Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)[5]

[sunting]Yakjuj dan Makjuj turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi

Dikhabarkan di dalam Al Quran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 - 97)[6][7]

[sunting]Ya'juj dan Ma'juj dalam karya keagamaan

[sunting]Injil Ibrani

Perkataan "Magog" pertama kalimuncul dalam kitab Injil Ibrani dalam Genesis(Kejadian) 10. Magog merujuk kepada nenek moyang satu-satu bangsa atau negeri. Magog boleh diterjemahkan sebagai "tanah puak Gog", walaupun terdapat ayat-ayat yang menunjukkan Magog sebagai orang.
Kejadian 10:2:Keturunan Yafet ialah Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh dan Tiras.
Ayat di atas memberi satu tanggapan yang jelas bahawa Magog adalah nama orang. Namun, ayat-ayat seterusnya dalam Kejadian menunjukkan bahawa nama nenek moyang memainkan peranan penting dalam penamaan satu-satu negara atau puak, terutama mereka yang mengasaskan puak atau negara itu.
"Gog" dan "Magog" pertama kali muncul bersama-sama dalam Injil dalam Yehezkiel
38:2. Wahai anak manusia, tujukanlah mukamu kepada Gog di tanah Magog, yaitu raja agung negeri Mesekh dan Tubal dan bernubuatlah melawan dia,[8]
3. Dan katakanlah: Beginilah firman Tuhan: Lihat, Aku akan menjadi lawanmu, hai Gog raja agung negeri Mesekh dan Tubal.[9]
Walaupun jelas (dalam Hebrew) menyatakan Magog ialah "tanah" (eretz) melalui rangkap 2, dan Gog adalah "putera" dari rangkap 3, perbezaan identifikasi telah dilakukan. Hal ini dibincangkan selepas teks tersebut. Bible Interliner (Hebrew - Greek - Inggeris) pernyataan 2. "Anak manusia, hadaplah mukamu kearah Gog, tanah Magog, putera Rosh, Meshech, dan Tubal; dan ramalan terhadapnya."[10]
10. Demikian kata Tuhan "Pada hari itu, ia datang melalui setiap pemikiran dan muncul di mindamu dan kamu akan melaksanakan pelan-pelan jahat:"[11]
11. Kamu akan katakan, "Aku akan menentang tanah yang kampungnya tiada bertembok…(FRZ)(FRZ: merujuk kepada Iraqmemandangkan Frz (Kampung Tidak Bertembok) dalam Kitab Esther)[12]
12. Untuk merompak dan merampas harta…"[13]
13. Sheba dan Dedan, dan saudagar Tarshish, dengan semua singa muda dari situ, mengatakan padamu, "adakah kamu datang membawa bencana?"[14]
Mereka akan disertai oleh Parsi dari Timur, Phut dari Barat, orang-orang Kush dari selatan, dan lain-lain. Kita dkhabarkan bahawa Gog menghuni utara Israel, tetapi terdapat sedikit pengesahan laluan yang dilalui Gog tersebut. Gog dan sekutunya akan menyerang "sebuah tanah perkampungan tanpa bertembok" untuk mendapatkan harta rampasan, tetapi sebelum menyerang Israel sendiri dikurangkan kepada "enam" saiz mereka (Ezekiel 39:2). Askar yang berkurangan akan dihapuskan di Israel, mayat-mayat mereka ditanam di Lembah Hamon-Gog untuk ditatapi dan diberikan komentar (39:15-17).
Bagi mengenali Gog dan Magog, Tuhan telah menjelaskan bagaimana serangan akan ditangkis (Ezekiel 39:1-16). Tentera Gog dan Magog termasuklah masyarakat daripada "GomerTubalMeshech, dan rumah Togarmah dari utara", semua yang disebutkan adalah waris Japhets dalam Genesis 10. Tuhan menjelaskan selepas kesan peperangan di dalam bab yang sama, dan merujuk "kamu, anak manusia":
17. …,oleh itu Tuhan menyatakan, Berkatalah dengan setiap burung dan binatang buas di padang, kumpulkan dirimu dan datanglah,…'"[15]
18. "Kamu sepatutnya makan daging yang agung, minum darah putera dunia, dari domba dan biri-biri, kambing dan lembu, semuanya fatlings of Bashan"[16]
Ezekiel (38 and 39) mengatakan Gog akan dikalahkan.
Gog dan Magog "yang pertama kali disebutkan sebagai pasangan dalam Kitab Perjanjian Baru Wahyu, yang menarik pada penggambaran mereka dalam karya-karya kenabian yang lebih tua. Mereka tampil dalam ayat 20:7-8:
7. Dan ketika masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, dan akan keluar untuk menipu bangsa-bangsa yang berada di empat penjuru bumi, Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang: jumlah yang adalah sebagai pasir di laut. 8. Dan mereka naik ke atas luasnya bumi, dan dikepung perkemahan orang-orang kudus tentang, dan kota yang dikasihi: dan api turun dari Allah dari Syurga, dan memakannya sampai habis. (KJV) Di sini, Gog dan Magog dikenalpasti sebagai bangsa di empat penjuru bumi, dan serangan mereka diwakili sebagai krisis eskatologis selepas Milenium, untuk akan dikalahkan oleh intervensi ilahi. Bahasa Gog dan Magog adalah kemusnahan sangat mirip dengan yang disebutkan dalam Yehezkiel.

Thursday, November 24, 2011

CURRENT TIME IN TAMPA, FL

ISLAM ADALAH AGAMA YANG SUCI.
ALLAH LAH MAHA KUASA ATAS TIAP2 SESUATU.
 Dalam blog ini ada memaparkan ruang komen di bawah, kalau anda hendak komen,komenlah blog ini.


JASA BAIK ANDA KAMI HARGAI DENGAN BAIK
BLOG INI DI BAWAH HAK MILIK KERAJAAN
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “HIJRAH MEMBINA MASA DEPAN UMMAH .

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sedar ataupun tidak, kita sekarang  berada di penghujung bagi tahun 1432H. Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang tahun yang telah kita lalui, ada yang mengembirakan dan ada juga yang menyedihkan, namun semua itu mengamit memori dan kenangan dalam hidup kita sebagai insan  hamba Allah SWT yang serba kekurangan dan kerdil ini. Dua hari lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru hijrah, pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru hijrah ini. Ma'al Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat RA.  Program hijrah adalah satu langkah Rasulullah SAW yang amat strategik dalam menegakkan dakwah Islamiah. Perlu kita ingat bahawa dengan berjayanya hijrah menjadi jambatan tertegaknya Daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang padu. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan membina masa depan ummah. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 100:
Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Kejayaan Nabi SAW tiba di Madinah al-Munawwarah diteruskan pula dengan agenda membina masa depan ummah yang berteraskan petunjuk al-Quran al- Karim. Dalam masa 10 tahun sahaja umat Islam di  Madinah telah berjaya mengalahkan kuasa besar seperti Rom timur dan Parsi. Pengajaran yang penting kepada kita daripada peristiwa ini ialah perlunya kita mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW yang menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong kepada tugas berhijrah.  Justeru, kita perlu berusaha menyuburkan iman dan takwa agar ia menjadi panduan kepada kehidupan. Adalah satu hakikat bahawa pemantapan iman amat berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan. Maka, Islam memberi penekanan terhadap penguasaan ilmu dan pendidikan melalui penjelasan yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11:
Maksudnya: "Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan."

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Dalam membina masa depan ummah, pendidikan adalah matlamat utama melahirkan individu muslim yang berilmu dan membina masa depan sebagai ummah contoh. Peredaran zaman telah memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia itu sendiri termasuklah cara bertindak dan berfikir. Bagi menjana ummah berkualiti, pendidikan yang bersepadu dan menyeluruh yang melibatkan semua bidang perlu dititikberatkan.
          Umat Islam dituntut memperkukuh ilmu fardhu ‘ain dengan mendalami pengetahuan agama seperti dalam bidang tafsir al-Quran, hadith, fiqh, akidah dan sebagainya sebagai benteng kepada keutuhan dan kekuatan iman serta pegangan kepada agama Islam itu sendiri. Bagi memantapkan  ilmu fardu ‘ain ini, kita diseru agar mengikuti kuliah-kuliah agama di masjid dan surau melalui pengajian kelas fardu ‘ain dan takmir yang telah disediakan.
                Namun, persoalan besar timbul ialah sejauh manakah penguasaan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan di negara ini?. Berdasarkan pemerhatian dalam bidang-bidang tertentu seperti ilmu matematik, sains fizik, kimia, biologi, kejuruteraan, perubatan dan bidang-bidang sains yang lain, di dapati bahawa umat Islam ketinggalan jauh berbanding pencapaian kaum-kaum lain. Ini merupakan cabaran hebat kepada kita dalam usaha membina masa depan yang cemerlang.
Membina masa depan sebagai ummah yang unggul menutut kebijaksanaan yang amat tinggi. Dalam bidang ilmu dan pendidikan mestilah ada perubahan iaitu tajdid. Pembaruan ilmu dan pendidikan yang bersifat semasa mampu melepaskan seseorang itu dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi. Dengan cara ini akan melahirkan ilmuan yang selari dan senafas dengan zaman serta cabaran lingkungan terkini. Umat Islam mestilah diberikan suasana kebebasan dalam membuat pandangan-pandangan yang membina supaya setiap pihak merasa selesa bahawa kritikan yang membina adalah untuk kebaikan kepada semua. Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradhawi seorang tokoh ulama’ semasa yang amat berpengaruh  menyatakan, “pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku, ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan”.
Umat Islam pada hari ini perlu juga dibangunkan dengan asas-asas kerohanian yang kukuh agar mereka tidak mudah cair dengan pengaruh persekitaran dan himpitan hawa nafsu. Umat Islam yang lemah kerohanian akan menyebabkan berlakunya kepincangan dalam pelbagai perkara seperti krisis moral, akhlak, keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat. Justeru bagi memastikan kedudukan umat Islam terjamin maka kita sebagai umat Islam perlu mengatur segala urusan kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh syarak, disamping itu kita perlu memperkasakan institusi Islam seperti masjid, surau dan sebagainya sebagai medan pengembangan kerohanian.Umat Islam juga hendaklah bersatu dalam semua perkara terutama dalam pembangunan pendidikan demi kebaikan bersama.


Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Kita semua sedia maklum bahawa pendidikan yang berkesan tidak akan terlaksana jika ia tidak dijayakan secara bersungguh-sungguh serta mendapat kejasama dan sokongan dari semua pihak terutama institusi keluarga. Ibu bapa sebagai ketua keluarga seharusnya peka dan prihatin terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya bersama. Ibu- bapa perlu menyediakan prasarana yang baik di rumah bagi memastikan anak-anak dapat belajar dan mengulangkaji pelajaran mereka dengan selesa dan sempurna.
                Proses pendidikan rasmi dibangku sekolah merupakan medan terbaik untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia seterusnya membawa mereka kemercu kecemerlangan dan kegemilangan. Akan tetapi usaha ini tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan, sekiranya ibu- bapa menyerahkan tugas mendidik anak-anak ini kepada pihak sekolah secara mutlak. Sewajarnya tugas mendidik diteruskan oleh ibu- bapa ketika anak-anak bersama dengan mereka.

 Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, Bersempena dengan kedatangan tahun baru hijrah ini, mimbar menyeru semua umat Islam, marilah kita sama-sama bertindak secara proaktif bagi memastikan masa depan ummah lebih cemerlang dengan mengambil usaha-usaha seperti berikut: Pertama: Melakukan penghijrahan dengan memperkasa sektor pendidikan yang menjadi teras membina masa depan keluarga, generasi dan negara; Kedua: Membuat kajian dan analisis dari masa ke masa tentang kekuatan, kelemahan, cabaran dan ancaman yang dihadapi dalam membina ummah yang cemerlang; dan Ketiga: Merancang dan menyediakan pelan tindakan supaya matlamat membina  masa depan ummah yang cemerlang memenuhi keperluan dunia dan akhirat. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 9:



Maksudnya: " Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."